PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN (MODEL ASSURE)

MODEL ASSURE

  • Digunakan sebagai panduan untuk merancang, memilih, menyedia dan mengendalikan   pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
  • Ia sesuai digunakan sebagai panduan merancang pengajaran dalam situasi bilik darjah (model berorentasikan bilik darjah)

Model ASSURE mengandungi 6 langkah:

A – Analyse learner (Analisis pelajar)
S – State objective (nyatakan objektif)
S – Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)
U – Use media (gunakan media)
R – Require learner response (keperluan tindakan)
E – Evaluate materials (menilai)

A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)

Analisis dari segi;

  • Ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred, tahap umur/tahun, latar sosio ekonomi, jantina dan budaya)
  • Kompetensi khusus peringkat masuk (contohnya, tahap pengetahuan, kemahiran, perbendaharaan kata dan sikap)
  • Stail pembelajaran (contohnya suka bergantung, tidak bergantung, verbal dan visual)

S- State Objectives (Nyatakan Objektif)

  • Nyatakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai secara spesifik dan boleh diukur.
  • Fokuskan kepada pencapaian pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari

S- Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan)

  • Memilih kaedah yang sesuai (contoh simulasi, demontrasi, latih tubi dll)
  • Memilih media dan bahan yang sesuai, senang diperolehi serta mudah dibuat pengubahsuaian (contoh, televisyen, radio, gambar foto, video, bahan bercetak berasaskan komputer dan lain-lain)
  • Sekiranya media dan bahan yang sesuai tidak diperoleh perlu bina sendiri.

U- Utilize Media (Gunakan Media)

  • Bahan dan media yang baik belum menjamin menghasilkan pembelajaran yang lebih baik jika tidak digunakan dengan betul
  • Cara penggunaannya perlu dirancang dengan baik agar menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.
  • Pratonton bahan sebelum digunakan dalam pengajaran sebenar.

R- Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar)

  • Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran (contohnya ada kuiz, projek, perbincangan dan sebagainya)
  • Peranan maklum balas dan latihan juga perlu dijelaskan.

E- Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian

  • Selepas bahan pengajaran digunakan dalam pengajaran perlu dinilai melalui maklum balas dari pelajar, pemerhatian dan maklum balas pakar.
  • Penilaian bertujuan untuk melihat keberkesanan dari segi kandungan, kaedah, media dan bahan yang telah digunakan.
  • Sekiranya bahan yang telah digunakan masih boleh diperbaiki maka penambahbaikan perlukan.
  • Sekiranya bahan yang telah digunakan tidak boleh perbaiki untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan, maka guru boleh menukar bahan dan kaedah pengajaran dengan yang baru.

 

Sekiranya model ASSURE ini digunakan oleh guru-guru di dalam merancang pengajaran ia mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid.

Model ini mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERANCANGAN MEDIA PENGAJARAN

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran.

Guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minat merasakan perlu mengetahui :

APA yang hendak dibuat

BAGAIMANA hendak merancang untuk melaksanakannya.

PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

Pemilihan harus dilihat dari segi kesesuaiannya untuk menepati hasilan pembelajaran,kos efektif serta praktikaliti penggunaan perkakasan dan perisiannya.

  • Sepadan dengan kurikulum
  • Maklumat tepat dan terkini
  • Bahasa yang jelas dan tepat
  • Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
  • Menggalakkan penglibatan pelajar
  • Mempunyai teknikal kualiti yang baik
Tumblr_ll30dumkgj1qcxieko1_500_large


Leave a Reply