OHP DAN TRANSPARENSI

APA ITU OHP?

OHP adalah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. OHP digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan bahan pelajaran secara berkesan.

OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.

OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan anda melukis, menulis keterangan tambahan atau pun mengubahsuaikan transparensi yang sedang ditayangkan.

Bahagian-bahagian dan fungsi OHP



OVERHEAD PROJECTOR (OHP)
Bahagian OHP
Fungsi
1.
Cermin / Permukaan Kaca / Pentas Tayangan
Kepingan transparensi / lutsinar yang dipasangkan pada apertur pentas tayangan sebagai dasar untuk meletakkan transparensi.
2.
Lensa objektif
Lensa ini digunakan untuk memfokus imej di skrin.
3.
Tombol pemokus
Ia digunakan untuk mengawal jarak di antara lensa objektif dan permukaan pentas tayangan supaya imej di skrin jelas serta terang.
4.
Peti Sumber Cahaya
Peti OHP yang mengandungi mentol halogen dan kipas penyejuk dan punca elektrik.
5.
Kepala Pengunjur
Mengandungi lensa objektif dan cermin untuk menghalakan sinaran cahaya tayangan ke skrin.
6.
Tiang Kepala Pengunjur
Bahagian bawah tiang ini dipasang pada peti OHP dan di bahagian atasnya terletak kepada pengunjur yang kedudukannya selari dengan cahaya dari pentas tayangan. Tiang ini digunakan untuk memegang kepada pengunjur dan memfokus imej di skrin ketika tayangan.
7.
Kipas Penyejuk Larasuhu
Kipas ini digunakan untuk menyejukkan mentol halogen di dalam peti sumber cahaya.

 TRANSPARENSI

Dapat mempersembahkan konsep, proses, fakta, statistik, garis kasar, dan rumusan secara visual kepada kumpulan kecil hingga ke saiz besar. Transparesi digunakan bersama dengan OHP (Overhead Projector).

JENIS-JENIS FILEM TRANSPARENSI 

  •  “Write on” / tulis terus
  •  “Colour” / warna
  • “Thermal” / peka haba
  •  “Print out” / cetak keluar
  •  “Photocopy” / salin foto

TEKNIK PERSEMBAHAN TRANSPARENSI

a. Tulis terus (write-on)

Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.

b. Bertingkap

Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.

c. Berjalur

Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi.

d. Animasi

Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.

e. Pusingan

Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.



Leave a Reply